Bagaimana Michelin menggunakan kuki

 

Ringkasan

Michelin komited untuk melindungi maklumat peribadi anda dan bersikap jelas dan telus mengenai maklumat yang kami mengumpul dan cara kami menggunakan maklumat tersebut. Apabila anda menggunakan tapak sesawang atau aplikasi kami, yang disediakan oleh Michelin, maklumat akan dikumpulkan melalui kuki untuk membezakan anda daripada pengguna tapak sesawang atau aplikasi kami yang lain.

Dasar Kuki ini menerangkan tujuan kami dan rakan kongsi kami menggunakan kuki dan teknologi serupa dan bagaimana anda boleh menguruskan pilihan anda mengenai kuki.

This Cookies policy and Awareness Declaration on Personal Data Processing describe the purposes for which we and our partners use cookies and similar technologies and how you can manage your preferences regarding cookies.

This policy is prepared by Manufacture Française des Pneumatiques Michelin as the data controller based on Article 10 of the Law on the Protection of Personal Data No. 6698 (“the Law”) and Communiqué on the Procedures and Principles to be Complied with in Fulfilling the Obligation to Inform.

  1. Siapa kami dan bagaimana kami boleh dihubungi

Nama penuh kami yang sah ialah Manufacture Française des Pneumatiques Michelin (“Michelin”) dan kami merupakan Pengawal Data. Jika anda perlu menghubungi kami, anda mempunyai beberapa pilihan:

  • Anda boleh menghantar surat yang ditujukan kepada Pengurus Privasi: 27, cours de l’Ile Seguin, 92105 Boulogne-Billancourt Cedex,
  • Anda juga boleh menghubungi kami melalui borang hubungan di tapak sesawang kami di sini,
  • Anda juga boleh menghubungi kami melalui telefon di +33 (0)1 55 19 57 00/01.
  1. Mengenai Jabatan Privasi kami

Walaupun kami di Michelin komited untuk melindungi dan menghormati privasi anda, kami mempunyai seorang Pengurus Privasi yang mengendalikan semua aspek data peribadi di Michelin. Anda boleh menghubungi Pengurus Privasi kami dengan menghantarkan e-mel ke sini.

  1. Apakah kuki?

Kuki merupakan fail teks atau elemen perisian yang merekodkan maklumat yang berkaitan dengan navigasi terminal anda di Internet. Ia dikawal oleh pelayar anda dan kadangkala membawa nombor yang unik dan rawak.

Apabila Michelin merujuk kepada "kuki", ini mungkin kuki atau teknologi serupa lain yang berdasarkan akses kepada peranti yang anda gunakan (komputer, tablet, telefon pintar) apabila anda melawati tapak sesawang kami. Pihak ketiga seperti rakan kongsi dan pembekal perkhidmatan kami mungkin menggunakan kuki dan teknologi serupa yang berkaitan dengan Servis kami.

Kuki membenarkan Michelin atau rakan kongsinya, sebagai penerbit kuki dan semasa tempoh sahnya, untuk mengenal pasti peranti anda setiap kali ia mengakses kandungan digital yang mengandungi kuki daripada penerbit yang sama.

  1. Polisi lain yang kami menggalakkan anda membaca

Sebahagian maklumat daripada kuki tidak mengenal pasti anda secara langsung atau tidak langsung dan tidak mengandungi data peribadi. Maklumat lain yang mungkin membolehkan anda untuk mengenal pasti diri sendiri dan adalah data peribadi dan oleh sebab itu, akan tertakluk kepada peraturan perlindingan data. Untuk maklumat lanjut mengenai cara kami menggunakan, menyimpan dan memastikan data peribadi anda selamat dan mengenai hak-hak anda, kami mengalakkan anda membaca Dasar Privasi kami di sini dan Dasar Privasi rakan kongsi kami yang tersedia melalui penyelesaian pengurusan Kuki.

  1. Mengapakan Michelin menggunakan kuki?

Michelin sentiasa mencari cara-cara baru untuk menambah baikkan tapak sesawang Internetnya dan untuk menawarkan anda, pengguna internet, perkhidmatan dan pengalaman yang lebih baik. Oleh itu, Michelin dan rakan kongsinya menggunakan pelbagai jenis kuki seperti yang dinyatakan selepas ini. Bagi sesetengah kategori kuki (contohnya, kuki pengiklanan), persetujuan anda terlebih dahulu dikehendaki oleh peraturan sebelum kuki dipasang atau dibaca pada peranti anda.

Walaubagaimanapun, anda mempunyai kawalan teratas kuki ini. Oleh itu, anda boleh menolak, menubuh atau memusnahkan kuki tersebut.

  1. Bagaimanakah Michelin memaklumkan anda tentang kuki yang digunakan olehnya?

pabila anda melawati tapak sesawang atau aplikasi Michelin untuk kali pertama, penyelesaian pengurusan Kuki akan menujukan anda ke halaman ini yang memberikan anda semua maklumat yang diperlukan menggenai kuki yang dipakai. Dasar kuki ini boleh didapati di bahagian “kuki” di kaki tapak sesawang kami.

  1. Bagaimana untuk menolak dan/atau menyahpasang kuki ini?

a. Kawalan pelayar

Kebanyakan pelayar membenarkan anda untuk mengawal kuki melalui tetapannya, yang boleh disesuaikan untuk memasukkan persetujuan anda terhadap penggunaan kuki. Selanjutnya, kebanyakan pelayar juga membolehkan anda mengulas dan memadam kuki. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kawalan pelayar, sila rujuk kepada dokumentasi yang disediakan oleh penyedia pelayar anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara mengkonfigurasi kuki, anda boleh melawati tapak sesawang berikut: https://www.youronlinechoices.com/ 

b. Uruskan pilihan anda melalui penyelesaian pengurusan Kuki

Michelin telah menyediakan penyelesaian pengutamaan Kuki untuk menguruskan persetujuan pengguna di tapak sesawang atau aplikasi kami mengenai kuki. Penyelesaian ini membolehkan kami untuk mengumpul, menyimpan dan mengantar persetujuan pengguna kepada Michelin dan rakan kongsi yang berkenaan.

Semasa lawatan anda ke tapak sesawang kami pada kali pertama, papan pemuka ini membolehkan anda untuk memasukkan pilihan anda. Anda boleh menerima, mengkonfigurasi, menolak atau mengakses dasar kuki kami dengan mengklik butang yang terdapat dalam penyelesaian pengurusan Kuki.

Anda boleh menyatakan keutamaan anda sama ada secara global, atau tujuan mengikut tujuan, ataupun secara kategori rakan kongsi (pembekal). Anda juga boleh mengakses dasar privasi untuk semua rakan kongsi.

Anda bebas untuk menerima atau menolak kuki tetapi anda dimaklumkan bahawa penolakan boleh menyebabkan pelayaran anda di tapak sesawang kami kurang mesra pengguna dan mempunyai kandungan yang kurang relevan.

Persetujuan yang diberi adalah sah untuk tempoh tidak melebihi tarikh tamat tempoh kuki tersebut berkenaan tujuannya dan tidak lebih daripada yang diperlukan mengikut undang-undang. Jika anda menolak sebarang kuki, Michelin juga mengingati pilihan anda dan tidak akan menunjukkan penyelesaian pengurusan kuki kepada anda untuk tempoh yang tertentu. Pada akhir tempoh pengekalan ini, atau jika anda memadamkan kuki berkaitan dengan pilihan penyimpanan anda, penyelesaian pengurusan kuki akan dicadangkan kepada anda lagi.

Apa jua pilihan awal anda, dari semasa ke semasa, anda sentiasa boleh menarik balik persetujuan anda atau menyesuaikan tetapan anda dengan menggunakan penyelesaian pengurusan Kuki yang tersedia melalui Dasar Kuki ini atau di kaki tapak sesawang atau aplikasi.

  1. Apakah jenis Kuki yang digunakan oleh Michelin?

Kuki boleh diklasifikasikan dengan pelbagai cara.

Mengikut jangka hayat, kuki adalah sama ada:

  • Kuki sesi yang dipadamkan apabila pengguna menutupkan pelayar.
  • Kuki persisten yang kekal di komputer/peranti pengguna untuk suatu tempoh masa yang telah ditetapkan mengikut jangka masa yang dikaitkan dan parameter pelayar internet anda. Tempoh pengekalan berbeza dari kuki ke kuki. Kami menentukan tempoh kuki berdasarkan apa yang berhubung dengan hasil tertentu dan kemudiannya, mengehadkannya kepada apa yang diperlukan untuk mencapai tujuan tersebut.

Bagi domain yang memilikinya, ia sama ada:

  • Kuki pihak pertama yang ditentukan oleh pelayan halaman web yang dilawati dan kongsi domain yang sama, dalam kes ini ia merupakan Michelin atau prosesornya.
  • Kuki pihak ketiga yang disimpan oleh domain yang berbeza dengan domain halaman yang dilawati. Ia diletakkan oleh pihak ketiga, rakan kongsi yang diberikan kuasa oleh Michelin (contohnya agensi pengiklanan). Apabila mereka menggunakan kuki, rakan kongsi pihak ketiga ini bertanggungjawab terhadap kuki yang digunakan oleh mereka. Kami menjemputi anda untuk merujuk kepada dasar Privasi mereka yang boleh didapati melalui penyelesaian pengurusan kuki mereka. Anda juga boleh menggunakan alat pengurusan kuki mereka untuk menetapkan keutamaan anda.

Selain ciri-ciri ini yang berkaitan dengan kefungsiannya:

Kuki boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Sila ambil perhatian bahawa tajuk kategori mungkin berbeza dari pelakon ke pelakon. Untuk pemahaman yang lebih baik, Michelin mendefinisikannya berdasarkan kategori di bawah.

  • Kuki Tegas Diperlukan

Kuki yang tegas diperlukan ialah kuki yang diperlukan kerana kefungsian tapak sesawang tersebut bergantung kepada kewujudannya. Penyahaktifannya akan menimbulkan kesulitan yang penting dalam penggunaan tapak sesawang tersebut, ataupun menyebabkan kemustahilan untuk menggunakan perkhidmatan yang dicadangkan. Kuki ini mempunyai banyak tujuan. Iamembolehkan, contohnya, untuk mengenal pasti terminal untuk menghantarkan komunikasi, untuk menentukan nombor kepada “paket” data untuk menghantarnya dalam susunan yang diminta dan untuk mengesan kesilapan penghantaran atau kehilangan data, menyimpan kandungan basket dalam memori semasa sesi tersebut, menyesuaikan antara muka pengguna (bahasa, penyampaian perkhidmatan) atau pengesahan perkhidmatan.

Kuki ini juga merekodkan pilihan yang dibuat oleh pengguna mengenai kuki mereka supaya tidak memintanya lagi untuk suatu tempoh yang tertentu.

Kuki ini adalah berdasarkan kepentingan sah Michelin. Sebab kuki ini amat diperlukan untuk navigasi anda, persetujuan anda yang terlebih dahulu tidak diperlukan. Kuki ini TIDAK diuruskan oleh penyelesaian pengurusan Kuki kami.

  • Kuki fungsian

Kuki fungsian digunakan untuk menambah baikkan pengalaman pelayaran anda. Kuki mengingati pilihan yang dibuat oleh anda (contohnya, nama pengguna anda, penyimpanan pilihan laluan terakhir) dan membekalkan perkhidmatan peribadi. Disebabkan oleh kuki ini, anda tidak perlu memasukkan maklumat tertentu setiap kali anda menyambung ke tapak sesawang atau aplikasi kami. Kuki akan mengingati perubahan yang dibuatkan oleh anda seperti saiz teks, fon, atau bahagian tapak sesawang yang lain yang boleh disesuaikan.

Kuki fungsian tidak akan digunakan untuk menghantar iklan kepada anda di tapak sesawang kami atau di tapak sesawang yang lain.

Anda bebas untuk menerima atau menolak kuki, tetapi dengan penyekatannya, mungkin pemilihan perkhidmatan anda yang terdahulu tidak akan disimpan dalam memori.

    • Kuki ini akan digunakan berdasarkan persetujuan anda yang terlebih dahulu.
  • Analisis dan kuki pengukuran hadirin

Kuki pengukuran hadirin membantu untuk mengenali pelawat tapak sesawang merentasi lawatan mereka yang berlainan. Kuki ini hanya menyimpan ID pengguna internet (khusus untuk setiap kuki) dan tidak digunakan untuk mengumpul maklumat nominatif kepunyaan pelawat. Data yang dikumpul membolehkan penyediaan data statistik tanpa nama mengenai lawatan (bilangan pelawat dan halaman yang dilawati, kekerapan kepulangan, tempoh setiap lawatan dan mesej ralat yang diberi…). Kuki membantu untuk membolehkan peningkatan prestasi tapak sesawang internet Michelin.

Kuki analisis boleh dipasang dan diuruskan oleh rakan kongsi.

Anda bebas untuk menerima atau menolak kuki, tetapi dengan menyekatannya, Michelin akan mempunyai kurang maklumat untuk meningkatkan prestasi tapak sesawangnya.

    • Kuki ini digunakan berdasarkan persetujuan anda yang terlebih dahulu.
  • Kuki yang digunakan untuk pengiklanan bersasar

Penyasaran dan penjejakan kuki membolehkan parti ketiga untuk membekalkan perkhidmatan, terutamanya pengiklanan, dan untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan tersebut. Kuki ini mungkin mengingati halaman web dan tapak sesawang yang anda lawati dan mungkin mengumpul data peribadi, terutamanya alamat IP peranti pengguna. Maklumat yang dikumpulkan boleh dikongsi dengan pihak ketiga.

Contohnya termasuk kuki yang membolehkan agensi pengiklanan untuk menyampaikan iklan berdasarkan minat anda seperti yang ditentukan melalui cara anda melayari tapak sesawang Michelin atau mengurangkan pengulangannya. Kuki ini memerlukan kebenaran anda. Dalam kes ini, sepanduk yang ketara akan dipapar di halaman pertama tapak sesawang ini untuk meminta persetujuan anda untuk memasang kuki ini.

Michelin dan pembekal pihak ketiga, termasuk Google, menggunakan kedua-dua kuki pihak pertama dan kuki pihak ketiga untuk mengumpulkan maklumat dan untuk mengoptimumkan dan menyampaikan iklan berdasarkan lawatan ke tapak sesawang ini. Michelin dan pembekal ini juga menggunakan kedua-dua jenis kuki untuk menentukan nisbah jumlah lawatan tapak sesawang ini kepada pengesanan iklan, penggunaan perkhidmatan pengiklanan yang lain dan interaksi dengan pengesanan iklan ini dan perkhidmatan periklanan ini. Akhirnya, Michelin dan pembekal ini menggunakan kedua-dua jenis kuki untuk mengingati minat dan data demografik anda untuk menyampaikan iklan bersasar kepada anda.

    • Kuki ini digunakan berdasarkan persetujuan anda yang terlebih dahulu.
  • Kuki yang dijanakan oleh butang perkongsian rangkaian sosial

Michelin menggunakan apa yang dirujuk sebagai plugin sosial (selepas ini dirujuk sebagai butang) yang bersambung dengan rangkaian sosial seperti Facebook, LinkedIn dan YouTube.

Apabila anda melawati tapak sesawang kami, butang ini dinyahdayakan secara lalai, bermakna ia tidak menghantar sebarang maklumat ke rangkaian sosial yang berkenaan tanpa tindakan daripada pihak anda. Sebelum anda boleh menggunakan butang tersebut, anda perlu klik untuk mendayakannya. Butang tersebut akan kekal didayakan sehingga anda menyahdayakan semula atau anda memadamkan kuki anda. Sebaik sahaja ia didayakan, sistem akan bersambung secara langsung ke pelayan rangkaian sosial yang terpilih. Kandungan butang kemudian dipindah secara langsung dari rangkaian sosial ke pelayar web anda yang menggabungkannya ke tapak sesawang yang anda sedang melawati.

Sebaik sahaja anda telah mendayakan butang, rangkaian sosial berkenaan boleh mengumpul data tanpa mengira sama ada anda menggunakan butang atau tidak. Jika anda telah log masuk ke rangkaian sosial, ia boleh menyambungkan lawatan anda ke tapak sesawang ini kepada akaun pengguna anda. Lawatan ke tapak sesawang Michelin yang lain hanya akan disambungkan jika anda juga telah mendayakan butang yang berkaitan di tapak sesawang itu.

Jika anda merupakan ahli sesuatu rangkaian sosial dan anda tidak ingin menyambungkan data yang dikumpul daripada lawatan anda ke tapak sesawang kami kepada maklumat yang diberikan semasa anda menyertai rangkaian, anda harus log keluar dari rangkaian sosial yang berkenaan sebelum anda mendayakan butang itu.

Harap maklum bahawa kami tidak mempunyai pengaruh ke atas skop data yang dikumpulkan oleh rangkaian sosial melalui butang anda. Sila rujuk kepada penyataan perlindungan data yang diterbitkan oleh rangkaian sosial yang berkenaan untuk maklumat lanjut mengenai skop dan tujuan pengumpulan data dan cara mereka memproses dan menggunakan data tersebut, serta hak dan pilihan tetapan untuk melindungi privasi anda.

    • Kuki ini digunakan berdasarkan persetujuan anda yang terlebih dahulu.